Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 127

A A A
Alkitab Versi Borneo

Nyanyian ziarah Salomo. 1Melainkan TUHAN mendirikan rumah,

sia-sialah tenaga orang yang membinanya.

Melainkan TUHAN menjaga kota,

sia-sialah pengawal berjaga malam.

2Sia-sia sahaja kamu bangun awal pagi, berjaga sampai larut malam, bertungkus-lumus untuk mencari makanan –

kerana demikianlah Dia memberikan tidur lena kepada orang yang dikasihi-Nya.

3Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada TUHAN,

hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran.

4Seperti anak-anak panah di tangan perwira, demikianlah anak-anak daripada usia muda seseorang.

5Diberkatilah orang yang banyak mempunyai anak-anak panah demikian.

Mereka tidak akan malu tetapi akan berbicara dengan musuh mereka di pintu pagar.